Sunday, April 25, 2010

Allah akan perbaiki


Dalam meneruskan kehidupan ini, kerap juga terbuat kesilapan dan kesalahan samada disengaja atau pun tidak. Dalam hal ini Allah memperingatkan kita dengan petunjukNya. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab 70-71 bermaksud:

70- Hai orang-orang yang beriman ! Patuhlah kepada Allah dan ucaplah perkataan yang benar!

71- Allah nanti akan memperbaiki pekerjaan mu dan mengampuni dosamu. Dan siapa yang mematuhi Allah dan Rasul-Nya, sesunggungnya dia akan memperolehi keberuntungan yang besar.

Usaha untuk mendidik diri perlu selalu berada fikiran kita, kerana semua itu adalah pilihan yang Allah berikan kepada kita. Jadi mendekati Al-Quran dengan penuh kesedaran, kefahaman dan keyakinan akan menjadikan kita lebih insaf akan kekurangan diri. Semuanya kita berharapkan kepada pertolongan Allah. Syukurlah dengan nikmat taufik dan hidayah yang Allah berikan kepada hambaNya yang terpilih. Semuga kita selalu berada di dalam rahmat kasih sayangNya.

2 comments:

  1. Salam en.zul..

    Apa khbr?
    sy damia, x-uitm sgamat.
    pernah usrah dgn en.zul dulu skali dgn nasibah husna. xtaula encik ingat lg ke x.

    Moga en.zul n fmily sihat selalu dan terus tsabat dijalan yg Haq. Amin!

    ReplyDelete
  2. W'salam Damia.
    Saya, alhamdulillah, sihat2 saja. Damia macammana? Masih belajar atau dah kerja?
    Saya ingat lagi anak2 usrah saya, kerana ia adalah ikatan iman dan hati, walaupun lama tak jumpa.
    Saya harap Damia akan terus istiqamah di jalan DnT. Hari ni media IT mencari alternatif utama untuk DnT. Dengan skill yang Damia dan kawan2 ada, gunakanlah ia sebaik mungkin.
    Cuma saya ni tak cekap sangat nak berblog... banyak kena belajar lagi.
    Terima kasih kerana berziarah ke sini.

    ReplyDelete