Monday, May 3, 2010

Ciri-ciri Al-Mukminin


Pendidikan adalah satu proses seumur hidup. Untuk melahirkan seorang akauntan, pelajar akan dilatih selama 3 tahun dalam program ijazah perakaunan, begitu jugalah dengan disiplin profesional yang lain. Apatah lagi untuk melahirkan seorang pribadi muslim, ia juga perlu dididik dengan acuan yang benar. Dalam hal ini, untuk melahirkan orang yang beriman, Allah telah mengariskan ciri-cirinya yang perlu dipenuhi.

Allah swt berfirman dalam surah al-Mukminun (1-11) yang bermaksud:
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang yang khusyuk dalam solahnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (berbuatan dan perkataan) yang sia-sia. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak (hamba) yang mereka miliki. Maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solahnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal didalamnya."

Mendekati al-Quran dengan kerendahan hati adalah pra-syarat untuk kita menghayati dan menghazamkan firman Allah dalam hati kita, sehingga ia lahir dalam pribadi kita. Kepada Allah kita mohon petunjukNya.

Sunday, April 25, 2010

Allah akan perbaiki


Dalam meneruskan kehidupan ini, kerap juga terbuat kesilapan dan kesalahan samada disengaja atau pun tidak. Dalam hal ini Allah memperingatkan kita dengan petunjukNya. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab 70-71 bermaksud:

70- Hai orang-orang yang beriman ! Patuhlah kepada Allah dan ucaplah perkataan yang benar!

71- Allah nanti akan memperbaiki pekerjaan mu dan mengampuni dosamu. Dan siapa yang mematuhi Allah dan Rasul-Nya, sesunggungnya dia akan memperolehi keberuntungan yang besar.

Usaha untuk mendidik diri perlu selalu berada fikiran kita, kerana semua itu adalah pilihan yang Allah berikan kepada kita. Jadi mendekati Al-Quran dengan penuh kesedaran, kefahaman dan keyakinan akan menjadikan kita lebih insaf akan kekurangan diri. Semuanya kita berharapkan kepada pertolongan Allah. Syukurlah dengan nikmat taufik dan hidayah yang Allah berikan kepada hambaNya yang terpilih. Semuga kita selalu berada di dalam rahmat kasih sayangNya.

Friday, April 23, 2010

Kesibukan Bermakna


Dalam kesibukan mengejar masa, tentunya banyak kerja perlu disusun dan diberikan keutamaan. Beruntunglah orang yang Allah sibukkannya dengan amal2 yang soleh dan memberi manfaat kepada agama, diri, keluarga dan masyarakat. Sebaliknya rugilah mereka yang Allah sibukkan dengan perkara yang sia2 dan tidak memberi manfaat kepada agama, diri, keluarga dan masyarakat. Orang beriman sentiasa rindu untuk bersama Tuhannya. Dalam hadith Qudsi Allah telah berfirman:
"Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepadaKu, nescaya Aku penuhi dadamu kekayaan, dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika engkau tidak buat, maka akan Aku penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu". Hadith riwayat Termidzi dan Baihaki.
Jadi isilah masa kita dengan perkara bermanfaat. Elakkan diri dari membuang masa seperti bermain games, menonton movie dan bersembang/chating kosong.
Semuga Allah sibukkan kita dengan perkara yang diridaiNya.

Tuesday, March 30, 2010

Alam sebagai bukti kebesaran Allah.


"Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal fikiran. (iaitu) mereka yang selalu mengingati Allah semasa berdiri atau semasa duduk atau semasa berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi. (seraya berkata), "Wahai Tuhan kami, tidak Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari azab api neraka"."
Al Imran 190-191.
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasullullah s.a.w.
Alhamdulillah.

Sunday, January 3, 2010

Tiga Jenis Kesedaran


Tersebutlah satu kisah. Dalam sebuah kampung tinggallah 4 orang sahabat berkongsi menyewa bersama. Mereka amat serasi tinggal bersama. Sebagai manusia biasa mereka mempunyai sifat yang berbeza. Pada suatu malam, sedang mereka tidur, tanpa disedari salah seorang dari mereka terlupa memadamkan api dapur selepas memasak. Lalu terbakarlah di rumah di bahagian dapur. Salah seorang rakan yang tersedar dengan kejadian tadi telah mengejutkan ketiga2 rakannya yang sedang tidur lena. Maka berlakulah dialog dibawah:
"Bangun, rumah terbakar, cepat selamatkan diri!"
Rakan 1: Tersedar dengan kejutan itu, dia pun bangun sambil menggosokkan mata. "Oh rumah terbakar ye, saya mengantuklah...". Dan dia pun terus tidur semula.
Rakan 2: Tersedar dengan kejutan itu, dia pun bangun dan terus terjun tingkap selamatkan dirinya.
Rakan 3: Tersedar dengan kejutan itu, dia pun bangun dan sama-sama cuba memadamkan api yang sedang marak. Selamatkan apa yang penting dan segera menalipon bomba.

Pengajaran:
Di antara ketiga2 rakan tadi semuanya telah sedar bahaya rumah sedang terbakar. Namun siapakah yang mempunyai kesedaran yang sebenar?

Begitu jugalah dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Dunia Islam sedang terbakar, namun ramai yang tidak menyedarinya (macam rakan 1). Kalau pun sedar, tindakannya pula tidak tepat. Hanya menyelesaikan buah2 masalah, bukannya pokok kepada masalah (macam rakan 2). Kita ingin mempunyai kesedaran yang sebenar dan melahirkan tindakan yang tepat untuk menyelesaikan masalah yang timbul (macam rakan 3).

Hari ini, penyakit jahiliah mula menghinggapi insan. Akibat sibuk dengan urusan mencari rezeki didunia, ramai yang semakin alpa. Ramai yang tidak sedar dengan penyakit ini dan membiarkan sahaja sifat jahiliah menguasai diri. Tidak merasai kebesaran Allah, tidak sensistif dengan tuntutan syariah, tidak rasa takut untuk berbuat dosa, seronok dengan maksiat, tidak suka dengan bacaan Al-Quran dan azan di radio dan TV, tinggalkan sembahyang,
rimas dengan tuntutan agama dll.

Kesemua penyakit2 di atas adalah karat-karat jahiliah yang perlu dibersihkan dari hati kita. Selagi mana kita menyedari dan meyakini bahawa kematian akan menjemput pada bila-bila masa, masa bersegeralah untuk kembali mendekati Allah. Allah sentiasa dekat dan menyayangi hambaNya. Ya Allah berilah kami kekuatan untuk mengikuti deen IslamMu.