Sunday, January 3, 2010
Tiga Jenis Kesedaran
Tersebutlah satu kisah. Dalam sebuah kampung tinggallah 4 orang sahabat berkongsi menyewa bersama. Mereka amat serasi tinggal bersama. Sebagai manusia biasa mereka mempunyai sifat yang berbeza. Pada suatu malam, sedang mereka tidur, tanpa disedari salah seorang dari mereka terlupa memadamkan api dapur selepas memasak. Lalu terbakarlah di rumah di bahagian dapur. Salah seorang rakan yang tersedar dengan kejadian tadi telah mengejutkan ketiga2 rakannya yang sedang tidur lena. Maka berlakulah dialog dibawah:
"Bangun, rumah terbakar, cepat selamatkan diri!"
Rakan 1: Tersedar dengan kejutan itu, dia pun bangun sambil menggosokkan mata. "Oh rumah terbakar ye, saya mengantuklah...". Dan dia pun terus tidur semula.
Rakan 2: Tersedar dengan kejutan itu, dia pun bangun dan terus terjun tingkap selamatkan dirinya.
Rakan 3: Tersedar dengan kejutan itu, dia pun bangun dan sama-sama cuba memadamkan api yang sedang marak. Selamatkan apa yang penting dan segera menalipon bomba.
Pengajaran:
Di antara ketiga2 rakan tadi semuanya telah sedar bahaya rumah sedang terbakar. Namun siapakah yang mempunyai kesedaran yang sebenar?
Begitu jugalah dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Dunia Islam sedang terbakar, namun ramai yang tidak menyedarinya (macam rakan 1). Kalau pun sedar, tindakannya pula tidak tepat. Hanya menyelesaikan buah2 masalah, bukannya pokok kepada masalah (macam rakan 2). Kita ingin mempunyai kesedaran yang sebenar dan melahirkan tindakan yang tepat untuk menyelesaikan masalah yang timbul (macam rakan 3).
Hari ini, penyakit jahiliah mula menghinggapi insan. Akibat sibuk dengan urusan mencari rezeki didunia, ramai yang semakin alpa. Ramai yang tidak sedar dengan penyakit ini dan membiarkan sahaja sifat jahiliah menguasai diri. Tidak merasai kebesaran Allah, tidak sensistif dengan tuntutan syariah, tidak rasa takut untuk berbuat dosa, seronok dengan maksiat, tidak suka dengan bacaan Al-Quran dan azan di radio dan TV, tinggalkan sembahyang,
rimas dengan tuntutan agama dll.
Kesemua penyakit2 di atas adalah karat-karat jahiliah yang perlu dibersihkan dari hati kita. Selagi mana kita menyedari dan meyakini bahawa kematian akan menjemput pada bila-bila masa, masa bersegeralah untuk kembali mendekati Allah. Allah sentiasa dekat dan menyayangi hambaNya. Ya Allah berilah kami kekuatan untuk mengikuti deen IslamMu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment